Mansa Musa
Mansa Musa

Mansa Musa

Mansa Haji Kanga Musa atau Musa I (s. 1280 - s. 1337[2]) merupakan penguasa setaraf maharaja[3][4][5][6][7] memerintah Empayar Mali, sebuah kerajaan Islam yang pernah wujud di Afrika Barat.Baginda menjadi penguasa kerajaan yang terkaya di dunia melalui pelombongan emas yang banyak pada zamannya.[8] Malah, baginda ada diterangkan sangat luas kekuasaan dan melimpah ruah kekayaannya sehingga pengetahuan ini diketahui sejauh dunia Barat pada Zaman Pertengahan.Baginda tidak sahaja mengusaha meluaskan pengaruh agama Islam di kerajaannya yang dianggap pintu kepada ketamadunan di Timur, malah membantu kerajaan baginda mencapai pertumbuhan yang luar biasa mengalakkan bidang seni, sastera dan seni bina tempatan.[9] Zaman kegemilangan kerajaan Mali sangat berkait rapat dengan pemerintahan baginda.